Mauizhah Hasanah (Malam Pertama Di Barzakh)
Assalamualaikum..memandang ramai kwn2 yg suka book review drp sis. Maka sis buat satu ruang utk review bg buku2 pilihan sis.
Buku ustaz ni bukan yg pertama sis baca psl alam barzakh. Ada jugak buku lain seperti buku ustaz Hadi Fayyadh 'semusim di Barzakh' dan ada jugak beberapa page yg sis baca psl alam barzakh.
Ya..normal bila kita dengar psl alam barzakh kita akan rsa takut dan seram. Buku ustaz Ahmad Dusuki sangatlah sarat dengan penerangan apa yang terjadi pada hari pertama kita ke alam barzakh. Dalam buku ni jugak byk menerangkan pasal mati syahid. Mati yg sgt2 dicintai Allah. Mati yg terlepas daripada sakaratul maut. Kira impian semua org ni sbb kesakitan sakaratul maut ni dahsyat..sgt dahsyat.
Buku ni juga ada mengulas ziarah tanah perkuburan. Tentang adab dan penerimaan mayat dlm kubur yg sentiasa menanti muslim soleh hadir ke sana mendoakn mayat2 disitu. Byk hikmahnya pergi ziarah di kubur ni. Nabi SAW juga memesan kepada kita semua bykkn mengingat kematian kerana kematian itu pemusnah kelazatan dunia.
Ustaz Ahmad Dusuki berkali berpesan jika kita mahu rehat sepuas-puasnya kelak kita kena bykkn amalan didunia. Penatkan diri dgn meminta syurga firdausNya dan melabur sebyk mungkin utk saham akhirat.
Secara kesimpulannya bg sis..buku ni padat isinya dgn penerangan yg mendalam mengenai ziarah ke alam barzakh. Alam ketiga buat roh manusia. Persoalannya..adakah kita semua dh bersedia melangkah ke alam penuh misteri ni. Adakah nikmat atau siksaan yg menanti kita. Allah sebaik baik Perancang dan Maha Mengetahui❤️