Saturday, 24 October 2020

 Tiap tahun azam nilh yg fail. 


Malu dgn Tuhan. Kata sorg ulamak ni kalau kita msh liat nk tahajud cuba check kenapa kita cmtu. Apa dosa kita yg Allah sgt murka. Ada sahabat sis pnh ckp..nk tahajud ni sng ja. Bersihkn hati. Maafkan semua org sebelum tdo. Niat. Niat. InsyaAllah akn tersedar utk tahajud. Siap sahabat tu pesan 'rugi kau nani tertinggal ni..sbb time tahajud tulh Allah dekat btl dgn kita. Time tu xde hijab doa antara kau dan Allah' smp skg sis sebak mengingati pesanan ni. Aku pendosa. Sbb tu aku masih GAGAL bgn utk jmp Allah di waktu tahajudπŸ˜”πŸ˜’πŸ˜”πŸ˜’πŸ˜”πŸ˜’πŸ˜”πŸ˜’

Thursday, 22 October 2020

Teman di Barzakh by Ustaz Ahmad Dusuki

 Teman di Barzakh by Ustaz Ahmad Dusuki



Buku ni siri ke 2 daripada Mau'izhah Hasanah. Buku ni best sangat. Kupasan di dalamnya lebih kepada amalan si hidup dan si mati. Buku ni juga ada share byk cerita contoh para sahabat Nabi SAW  menyediakan diri ke alam barzakh. Byk yg dikongsi dalam buku ni.

Tapi yg bestnya buku..ustaz ada kupas psl amalan si hidup di pertonton oleh arwah. Bayangkan arwah mak ayh kita..arwah saudara terdekat atau sahabat soleh yg menonton kelakuan kita di dunia. Mesti nk tau kan mcmane dipertontonkn tu. Hah..korang mmg kena baca buku ni. Best sangat. Mmg nk ulang baca lagi. 

Kawan- kawan yg ada rezeki lebih tu boleh beli buku ustaz ni. Tak salah melabur sedikit utk saham akhirat. Semoga Allah terima amalan kita semua.

Selamat membaca❤️


Tuesday, 20 October 2020

Mauizhah Hasanah by ustaz Ahmad Dusuki


 Mauizhah Hasanah (Malam Pertama Di Barzakh)

Assalamualaikum..memandang ramai kwn2 yg suka book review drp sis. Maka sis buat satu ruang utk review bg buku2 pilihan sis. 

Buku ustaz ni bukan yg pertama sis baca psl alam barzakh. Ada jugak buku lain seperti buku ustaz Hadi Fayyadh 'semusim di Barzakh' dan ada jugak beberapa page yg sis baca psl alam barzakh. 

Ya..normal bila kita dengar psl alam barzakh kita akan rsa takut dan seram. Buku ustaz Ahmad Dusuki sangatlah sarat dengan penerangan apa yang terjadi pada hari pertama kita ke alam barzakh. Dalam buku ni jugak byk menerangkan pasal mati syahid. Mati yg sgt2 dicintai Allah. Mati yg terlepas daripada sakaratul maut. Kira impian semua org ni sbb kesakitan sakaratul maut ni dahsyat..sgt dahsyat.

Buku ni juga ada mengulas ziarah tanah perkuburan. Tentang adab dan penerimaan mayat dlm kubur yg sentiasa menanti muslim soleh hadir ke sana mendoakn mayat2 disitu. Byk hikmahnya pergi ziarah di kubur ni. Nabi SAW juga memesan kepada kita semua bykkn mengingat kematian kerana kematian itu pemusnah kelazatan dunia. 

Ustaz Ahmad Dusuki berkali berpesan jika kita mahu rehat sepuas-puasnya kelak kita kena bykkn amalan didunia. Penatkan diri dgn meminta syurga firdausNya dan melabur sebyk mungkin utk saham akhirat.

Secara kesimpulannya bg sis..buku ni padat isinya dgn penerangan yg mendalam mengenai ziarah ke alam barzakh. Alam ketiga buat roh manusia. Persoalannya..adakah kita semua dh bersedia melangkah ke alam penuh misteri ni. Adakah nikmat atau siksaan yg menanti kita. Allah sebaik baik Perancang dan Maha Mengetahui❤️




 Tiap tahun azam nilh yg fail.  Malu dgn Tuhan. Kata sorg ulamak ni kalau kita msh liat nk tahajud cuba check kenapa kita cmtu. Apa dosa kit...